Khamis, 21 November 2013

FOKUS LEBIH 2%

Nak tanya kat sini sapa yang suka berangan ?...fikiran melayang-layang...hehehe...berangan tak salah..berangan yang best2 jer....tapi jangan berangan masa drive...nanti melayang masuk longkang...melawak je tau....

Saya nak kongsi malam ni tentang fokus...cakap kat kawan sebelah fokusss....di dalam perniagaan kita perlu fokus dengan matlamat kita..memang perlu berangan dengan matlamat kita dan disusuli dengan tindakan yang luar biasa...jangan fokus kita lari dek kerana kita berangan benda lain yang lari dari matlamat kita......contoh matlamat kita nak jadi usahawan pakaian yang berjaya dalam masa 2 tahun dari sekarang...tapiii kita dok asyik berangan nak jadi deejay radio..memang lari jauh laaa..saja saya bagi contoh bagi orang faham...hahaha....bukan saya kata deejay radio tak bagus....nak habaq mai saya dan husband minat FBI, AG dan Fafau...hampa kenai kot depa ni noh....selingan jer...tengok dah lari tajuk...kan dah tak fokus namanya....

Saya harap pembaca dapat sesuatu dengan sharing saya malam ni...jika kita tak fokus sebelum ni, cuba belajar tambah tahap fokus kita sikit jer....bagi lebih 2%...tengok la lepas tu...mesti hasilnya memberangsangkan.....

Ok selamat malam, sebelum tidur jangan lupa bersyukur kepada Allah Swt kerana memberi nikmat hidup kepada kita hari ni....Assalamualaikum....

Selasa, 19 November 2013

PECAH EGO 2%

Berapa orang di sini tidak boleh ditegur...oppsssss...saya ingin minta maaf banyak-banyak....adakalanya bila kita di atas dan ada kuasa akan menyebabkan kita lupa siapa yang memberi kita nikmat berada di atas...sebelum saya beletiaq panjang-panjang...mari kita berdoa moga Allah memberi kita nikmat serta tidak lupa bersyukur padaNya....

Saya tertarik dengan sharing daripada Abang Junaidy Acmc sabtu lepas...di mana pada seketika dulu beliau berada di atas dalam kerjaya beliau....beliau tidak kekok menolong isteri beliau kak Anis untuk menghantar kek coklat ke outlet mereka...beliau tidak segan jika terserempak dengan orang bawahan beliau semasa mengangkat kotak-kotak kek dan menyusun kek di stesen minyak......

Adakah pembaca faham apa yang saya nak share hari ni ???...sebenarnya jika kita boleh turunkan kadar ego kita untuk melakukan sesuatu perkara yang kita fikir leceh...sebagai contoh untuk berniaga di pasar malam...mungkin kita ada pangkat di pejabat dan mana mungkin ingin berniaga di pasar malam takut-takut orang bawahan kita nampak di pasar malam....sebenarnya jika kita boleh rendahkan ego kita...kita dah selangkah kepada kejayaan....percaya lah orang yang berjaya adalah orang yang merendah diri walaupun dia berada di kemuncak dan selalu menoleh di bawah....

Saya harap pembaca dapat mesej daripada sharing cerita di atas...ok selamat beramal...bye2 luv u  all....Assalamualaikum....

Ahad, 17 November 2013

MINDA TERBUKA 2%

Assalamualaikum dan selamat petang...dah makan tengahari ke?...kalau sudah ucap Alhamdulillah kerana Allah memberi rezeki kita makan tenghari ni...kalau sembang bab makan ni boleh sampai tengah malam pun tak habis2...heeee...saya memang suka makan...hehehe....

Ok la saya nak tanya ni....berapa ramai yang berniaga makanan kat sini???...kalau ya...saya nak minta maaf dulu kalau tulisan saya ni mengguris hati pembaca....pernah tak dengar customer membandingkan bisnes makanan anda dengan peniaga lain ?.....pernah tak customer complain makanan anda?....pernah tak customer return balik makanan anda?...dan macam-macam lagi la yang buat anda jadi tak best dengan perniagaan makanan anda....kalau anda rasa kecil hati, terasa dengan kata-kata customer...sebenarnya anda sangat-sangat kesian...saya minta maaf sekali lagi....

Peniaga yang sangat berjaya dapat menerima kritikan orang lain dengan hati yang terbuka...perlu ada sikap minda terbuka bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang perniagaan...kalau anda jenis yang cepat terguris...cuba latih diri anda dapat menerima kritikan lebih sikit jer...tak banyak 2% jer...kalau hari-hari kita latih diri kita untuk menerima kritikan orang, lama kelamaan kita dah terbiasa dengan krtitikan...kalau bahasa orang kampung saya DAH MANGLI!!!...tapi selepas terima kritikan kita perlu bertindak memperbaiki kelemahan kita....

Ok la selamat mencuba tips Minda Terbuka 2%....Terima kasih kak Anis Cmc dan Abg Junaidy yang share ilmu ini...

LOVE 2%

Assalamualaikum dan hai semua...apa habaq...rasa macam lama dah saya tak sharing dalam page ni...ok la malam ni saya nak share satu perkara yang ramai tak ambil endah atau tak tau langsung...

Dalam melakukan rutin harian kita...tak kira la bekerja, berniaga, bersukan, memasak dan macam-macam lagi la...kita perlu suka...perlu sayang dengan apa yang kita buat...percaya la kalau kita benci dengan apa yang kita buat...tak mustahil benda yang kita benci tu akan buatkan kita dibenci...

Mungkin ada yang tak faham..ok la sebagai contoh kita meniaga keropok...kalau kita tak suka dengan keropok...buat lebih kurang dengan dengan keropok...percaya la kita meniaga keropok tu memang tak akan menjadi...keropok itu sesuatu benda dan juga makhluk...kita perlu suka dan sayang dengan keropok..baru la perniagaan keropok kita baru maju..tak percaya???...cuba lihat dan fikir sendiri...

Selasa, 12 November 2013

Produk kek mini Idealsyaz Cakes kini boleh didapati di Jeruk Madu Pak Ali (Bandar Laguna Merbok) mulai 12/11/2013....cepat pi terjah...jangan terlambat....rugi woooo....kesedapan tak terhingga...boleh basahkan tekak sambil menikmati kelazatan kek....fuyoooo....

Jeruk madu pak ali siapa tak kenai...mesti kenai kan...jeruk dia memang superb!!!...memang tak ingat dunia menjamah Jeruk Madu Pak Ali ni.....heeeee.....asyikkkk....

Boleh juga mencuba kek love Anis Choc. Moist Cake dan juga Mama Herda Cheezy Choc. Cake...

Photo: Produk kek mini Idealsyaz cakes kini boleh didapati di Jeruk Madu Pak Ali Bandar Laguna Merbuk mulai malam ni!!!..sori malam ni baru restok...esok pagi pi terjah...hehehe...

Jeruk Madu Pak Ali siapa tak kenai...mesti kenai kan...memang superb la jeruk dia....makan tak ingat dunia....heeeee...

Juga boleh mencuba Kek Love Anis Choc Moist dan Mama Herda Chezzy Choc. cake.


Jumaat, 8 November 2013

Produk kek mini Idealsyaz cake akan berada di Retoran Norliya Sungai Petani mulai esok 10.11.13 !!!

Restoran Norliya menyediakan nasi lauk kampung yang menyelerakan dan antara yang terbaik di sungai petani...lepas pekena nasi sepinggan..kalau rasa-rasa nak maniskan mulut...tengok-tengokkan la kek mini dalam chiller sebelah kaunter tu...

Juga akan menyusul kek love anis choc. moist dan mama herda cheezy choc. moist...


Rabu, 30 Oktober 2013

DAHAGANYA....

Assalamualaikum dan hai semua....pernahkan anda merasa anda dah cukup berilmu???....wahhh..mukadimah terus tanya soalan...saja buat suspen...hehehe

Saya ada cerita nak dikongsikan bersama...semasa saya menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Richwork...saya rasa kecik jer saya...cenonet jer...dari situ saya tau saya ni tak pandai pun...walaupun sebelum  ni buat-buat pandai..hahaha (gelak besar)...

Selepas itu saya menjadi sangat dahaga..dahagakan lebih banyak ilmu...lagi banyak kita belajar..lagi banyak kita tahu betapa jahilnya kita sebelum ni...sebelum ni pun saya dah beletiaq..pelaburan yang tak akan rugi iaitu pelaburan ilmu...

Kalau rasa diri tu dah cukup hebat...kita kena tahu ada lagi orang hebat daripada kita..jadi tak payahlah nak belagak jalan mendada...sedarlah...ada pepatah yang mengatakan belajarlah sehingga ke negeri cina...sendiri mau ingat...

Saya rasa dah cukup saya buat huru hara kat sini...apa-apa pun kuncinya terletak pada diri sendiri...

Ok lah...luv u all...bye...Assalamualaikum...

Khamis, 24 Oktober 2013

KERANA 'PASSION' AKU TURUTKAN....

Assalamualaikum dan hai semua....selepas terbaca tajuk di atas mungkin ramai yang berfikir saya nak buat drama ke???...hehehe...sebenarnya saya nak share tentang PASSION....cakap kat orang sebelah PASSION....

Passion bermaksud minat, hobi, atau sesuatu perkara yang membuatkan seseorang hilang kewarasan berfikir...tudiaaaaa.....ni saya bercakap di atas pengalaman saya sendiri....memang saya obses dengan kek...nak jadikan satu malam ni....saya tengah seronok membaking kek untuk customer...punya la dok decoration...sedar-sedar dah azan subuh.....alamak apa yang saya dah buat sampai tak tidur...tu la yang saya kata saya dah hilang kewarasan berfikir....hahahaha.....

Bila fikir-fikir balik..teringat kata mentor saya...orang berjaya perlu agihkan tugas-tugas kepada pekerja-pekerja....perlu ada sistem dalam perniagaan kita...pinjam sikit kata-kata kak Aishah Ramond 'LET THE SYSTEM RUN YOUR BUSINESS' (teringin sangat-sangat nak berguru dengan kak Aishah Ramond..dah target sebelum hujung tahun mesti berguru dengan kak Aishah Ramond)....

Apapun passion kita..jangan kita abaikan keperluan lain seperti makan, minum, tidur, mandi dan lain-lain....yela kita perlu energy untuk meneruskan passion kita....kita perlu bijak mengurus passion kita sehingga menjadi luar biasa passion....

Selamat bertindak...bye bye...Assalamulaikum....

Selasa, 22 Oktober 2013

3 CARA HILANGKAN RASA BOSAN...

Assalamulaikum dan hai semua....malam-malam ni kalau tak dak kerja bosan lak...ok la malam ni saya nak share 3 cara menghilangkan rasa bosan anda....semua orang biasa merasa perasaan bosan...kalau yang tak pernah rasa bosan...rugi giler...heee...cakap kat orang sebelah rugi giler....

Cara pertama...jika anda bosan dengan tempat tinggal anda..bilik tidur...kedai atau tempat kerja anda...cuba buat pembaharuan dalam tempat yang anda bosan tu..contohnya mengubah kedudukan perabot...cat baru..tambah aksesori...ini untuk orang yang tak pernah terfikir nak buat pembaharuan kat tempat dia berada tu...sampai berpuluh-puluh tahun dok macam tu jer...jangan sentap....ni khas untuk orang yang tinggal kat kutub utara...hehehe...

Cara kedua....jika anda bosan dengan rutin harian anda...saya nasihatkan anda ambil cuti...pergi ke tempat yang mendamaikan untuk beberapa hari..contohnya pergi bercuti ke tempat-tempat yang menarik di dalam atau luar negara...kat kedah pun jalan tak habis lagi...sentap lagi...hahaha...gurau jer...

Cara ketiga...jika anda rasa bosan dengan minat anda...ni senang jer..cari la minat yang baru...uiiihhhhh...bukan senang nak melupakan minat yang selama ini menjadi passion kita...maksud saya cari mentor atau orang yang boleh tunjukkan cara menjadikan minat kita kepada yang luar biasa...berfikir di luar kotak pemikiran...jangan rasa kita dah cukup pakar dalam minat kita tu...tak rugi pergi belajar dengan orang yang dah terbukti berjaya...yang ni tak sentap kot...hehehe...

Baiklah setakat itu sahaja malam ni...memang ada banyak lagi cara untuk menghilangkan rasa bosan anda...lepas ni saya akan share sebab-sebab kita bosan..ok bye bye...luv u all...selamat malam....

Isnin, 21 Oktober 2013

ADAKAH ANDA BEREMOSI POSITIF ???

Assalamualaikum...dan selamat pagi tuan-tuan dan cik puan...adakah pagi ni anda bangun dalam fikiran anda hanya bermain dengan perkara-perkara negatif...perkataan-perkataan yang wujud..."ala susah..." disertai emosi..."aku susah..." dalam facebook pun post..."aku susah..."...kalau anda selalu berfikiran seperti yang dikatakan...sebenarnya anda mensabotajkan diri sendiri...(serius lak saya pagi-pagi ni....heeeee....)

Jika anda tidak berjaya dalam hidup...siapa yang patut dipersalahkan???...orang yang berjaya tidak mengeluh...percayalah kalau anda mulakan hari dengan keluhan pasti memusnahkan seluruh hari anda...

Setiap apa yang kita fikir,cakap, rasa dan lakukan adalah satu doa...jika positif yang difikirkan...jadi positif lah hari anda...(nasihat kepada diri sendiri dan rakan-rakan pembaca).....

Sekian...renung-renungkan ...selamat muhasabah diri.....

Ahad, 20 Oktober 2013

3 SEBAB ORANG TAK NAK SEMBANG DENGAN KITA

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...seperti yang telah dijanjikan...pagi-pagi buta ni saya akan share tentang 3 sebab orang tak nak sembang dengan kita...mesti ada pembaca yang pernah mengalami perkara yang nak dibincangkan ni..biasa la sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan...

Sebab pertama...soalan yang ditanya tidak dijawab...jawapan punya la panjang..putar-belit sana sini...last-last tak sedar tak dak orang kat depan pun...cakap sorang-sorang rupanya...heeeee...

Sebab kedua...tiada senyuman...kita kena tahu senyuman itu adalah sedekah...the power of smile kalau dipraktikkan  boleh menggoncang anak teruna pandangan pertama...hahaha..gurau jer...di dalam komunikasi kita perlu selitkan senyuman...memang ada masa perlu serius...tetapi dengan senyuman akan membuatkan orang tertarik nak sembang dengan kita...

Sebab ketiga...tiada respons...kita perlu respect bila orang bercakap...jangan nak mencelah...tau la diri tu juara pidato...hehehe..kalau bagi peluang bercakap sampai tak bagi orang lain bercakap dah...tak mau dengar pendapat orang lain dah...rasa diri tu terbaik sangat laaa...jika anda kategori ni...saya nasihatkan berubah...komunikasi yang baik adalah komunikasi dua hala....

Tiga sebab di atas adalah sebahagian daripada sebab-sebab orang tak nak sembang dengan kita...ada lagi banyak sebab-sebab orang menjauhkan diri dan tak nak sembang dengan kita...selagi kita hidup...selagi itu ilmu perlu dicari....cewah macam kuliah pagi lak....hehehe...

Ok lah saya tak mau beletiaq panjang-panjang...berapa orang yang dapat sesuatu dari pembacaan di atas ???...

Sekian...

Rabu, 16 Oktober 2013

JANGAN TAKUT KALAU....

Semua orang ada perasaan takut..tak kira la takut apa-apa pun...contohnya takut cinta ditolak...hihihi kata kat sapa tu...takut boss..takut hantu...takut binatang..takut nak berniaga..dan macam-macam takut lagi laaa...Pokok pangkalnya semua orang ada perasaan takut dalam diri masing-masing...yang tak da perasaan takut tu mungkin mai dari planet marikh kot...hehehe gurau jer...

Tapi perasaan takut ni boleh jadi baik dan jadi tak baik...kalau takut cinta ditolak tanpa berusaha dahulu..ini tak baik..kalau nak berniaga pun takut tak untung pun jenis takut tak baik juga...kita perlu berusaha untuk mencapai matlamat kita...selepas usaha dilakukan barulah berdoa dan bertawakal...

Tapi perasaan takut ni pun ada baiknya...contohnya kita takut nak bertindak secara melulu..ini perasaan takut yang baik...kerana sebelum kita bertindak kita perlu berhati-hati...jangan tau celapak nanti orang tunjuk kapak..hahaha...

Apa-apa pun selamat beramal..bye bye...Assalamualaikum..

Sabtu, 12 Oktober 2013

KECIK-KECIK DAH PANDAI...

As salam...nak tanya ni apa makanan kegemaran anda??..saya tau setiap orang ada kegemaran makanan masing-masing....kalau saya banyak makanan yang saya gemar...hahaha...kuatnya saya makan...heee...salah satu makanan kegemaran saya adalah mee udang...

Nak cerita ni pasai makanan kegemaran...hari tu saya dengan husband pergi makan mee udang..kedai mee udang ni terletak di seberang perai penang...mesti yang dapat tangkap kedai tu katna kan...heeee...

Sedang saya menyuap mee yang enak tu ke dalam mulut saya...saya terpandang kelibat anak muda dalam lingkungan 12 tahun...rupanya itu anak tokey kedai mee udang tu...saya terpegun juga tengok budak kecil ni ambil order dan yang paling saya terkejut masa nak bayar pun budak tadi jadi cashier...waaaa..kecik-kecik pun dah pandai meniaga...tokey kedai tadi telah melatih anaknya dari kecil untuk berniaga...ini yang buat saya respect laaa...

Melentur buluh biar dari rebungnya....sama-sama pakat berfikir....bye...luv u all....

Khamis, 10 Oktober 2013

ABANG BURGER...

As salam..saya nak cerita pengalaman saya sikit ni...semalam saya dan suami keluar nak cari burger...masa kami berlegar -legar mencari burger, kami nampak satu gerai burger tepi jalan...ramai gak yang beratur tunggu turn...jadi saya dan suami buat keputusan untuk beli burger kat situ...

Semasa menunggu turn...suami saya pun berborak dengan abang burger ni...macam-macam tajuk suami saya sembang dengan abang burger tu...part yang paling best masa suami saya tanya..abang tinggal katna?..abang burger tu pun jawab tinggal tidak jauh dari gerai burger dia..dia kata dia beli tanah dan buat rumah...dalam hati saya...penang tanah mahal..boleh buat rumah pula...banyak duit abang burger ni...

Suami saya kata kat abang tadi...bagus bisness abang...abang burger tu kata orang tak berpelajaran tinggi macam ni la....mendengar kata-kata awesome abang burger tadi tersentap saya dan suami (mak saya kata seqhoott)...

Kesimpulan...orang cerdik bukan pandai..orang pandai bukan cerdik....

Selasa, 8 Oktober 2013

JANGAN CARI ALASAN.

Sedang saya minum bersama kawan-kawan saya, salah seorang kawan saya memberi banyak cadangan untuk berbisnes...tetapi seorang lagi kawan saya memberi alasan dan masalah yang logik tak nak berbisnes...jadi kat kedai minum tadi jadi dewan perbahasan la dengan depa dua orang....hahahaha..

Persoalan??? Kalau anda di situ..anda nak sokong siapa?

Kalau saya..saya tak sokong kedua-duanya...haaaa!!!!...mesti ada yang terkejut beruk dengar jawapan saya...heeee...gurau jer....

Saya dengar kedua-duanya...yang seorang ni banyak bagi cadangan..dari dulu lagi saya kenal dia...tapi tak bertindak pun...heeee...minta maaf yer sahabat...yang seorang lagi pulak memang terkenal dengam sikap bangkang dia...memang tak ke mana juga...heee...

Kita dengar cadangan...kita ambil...kita dengar masalah..fikir bagaimana nak menyelesaikan masalah...kata mentor saya setiap masalah adalah peluang....

Ok...you all selamat bertindak...sekian...

Isnin, 7 Oktober 2013

KAWAN BAIK.

Siapa sini ada kawan baik...angkat tangan say i !!!....saya tau semua ada best friend...teman tapi mesra...dan macam-macam lagi laaaa yang boleh dikategorikan kawan baik.

Hargailah kawan baik anda selagi dia ada di depan mata anda...jangan jadikan kawan baik macam bola...bila dikejar dah dapat terus tendang..jangan jadikan kawan baik anda macam chewing gum...dah kunyah pastu buang...

Saya tak mau beletiaq panjang-panjang...sendiri kena fikir dan nilai...

Assalamualaikum....

JANGAN MARAH ORANG YANG MALAS.

Selepas anda baca tajuk di atas...mesti ramai yang tak setuju dengan saya...sebenarnya manusia bukan malas, cuma mereka tiada matlamat jelas yang boleh membakar semangat mereka untuk berjaya...haaaa!!!!...mesti ada yang tak faham...heeee...

Sebagai contoh...jika anak anda tidak berjaya dalam pelajaran, anda jangan marah dan menghukum anak anda...kita kena tahu apa minat anak kita, apa passion dia...mungkin dia suka selongkar sepana dalam bonet kereta kita...itu bermakna dia mungkin suka menjadi mekanik...jadi kita sebagai ibu bapa kena cari jalan bagaimana nak menjadikan minat  anak anda jadi mekanik suatu hari nanti....kena bagi semangat dan dorongan kepada anak anda untuk membakar semangat dia...mana tau nanti jadi mekanik ferrari...jangan ternganga...heeeee...

Sekian...

Sabtu, 5 Oktober 2013

ANDA SUKA KERJA ANDA SEKARANG ???

Kalau persoalan di atas ditanya...macam-macam jawapan yang kita dengar...tapi jika anda kata anda tak suka kerja anda sekarang...anda SALAH....cakap kat orang sebelah anda SALAH...heee...

Untuk berjaya dalam bidang yang kita impikan, kita perlu suka dengan bidang yang kita ada sekarang walaupun itu bukan bidang yang kita impikan....kita mesti bersungguh-sungguh dalam pekerjaan kita sekarang...

Bila kita dapat peluang untuk pekerjaan yang kita impikan...kita akan buat sungguh-sungguh...sebab sebelum ni pun kita dah buat sungguh-sungguh dalam pekerjaan yang kita tak minat pun...jadi sifat sungguh-sungguh, bekerja keras memang dah ada dalam diri kita sebelum kita mendapat peluang dalam pekerjaan yang kita impikan....

Sekian celoteh saya pagi nih...Assalamualaikum...

Jumaat, 4 Oktober 2013

PELABURAN YANG TAK KAN RUGI !!!

Selepas anda baca tajuk di atas mesti anda berfikir pelaburan saham, emas, hartanah dan macam-macam lagi laaa....sebenarnya anda SALAH....

Yang saya maksudkan adalah pelaburan SEDEKAH DAN ILMU...

1.  Sedekah...jangan anggap dengan bersedekah duit anda berkurang...sebenarnya duit kita adalah duit yang kita sedekah, duit dalam poket kita bukanlah duit kita sebenarnya...jika anda bersedekah di waktu anda kesempitan...anda akan lihat miracle dalam hidup anda...apa-apa pun kita perlu ikhlas dalam bersedekah.

2.   Ilmu....selagi kita hidup...kita perlu mencari ilmu..pernah dengar pepatah belajar sehingga ke tanah besar cina...lagi baik kita mengamalkan ilmu yang kita pelajari..dan lagi lagi baik kita menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain...dan lagi lagi lagi laaa baiiikkk orang yang kita sampaikan ilmu tersebut mengamalkannya dan mengajar kepada orang lain pula....anda mesti faham kan maksud saya...

Ok..selamat beramal..renung-renungkan....

Assalamulaikum...

Khamis, 3 Oktober 2013

"KERAMAT HIDUP"

Ibu dan ayah adalah "KERAMAT HIDUP"....jika  mereka masih ada, sayangilah mereka, gembirakanlah hati mereka. Redha mereka adalah redha Allah Swt. Rezeki anda akan disempitkan jika mereka tidak redha dengan anda!!!

Apabila saya mendengar mentor saya bercakap seperti di atas....terngiang-ngiang di kepala saya...berapa banyak saya telah membuat dosa dengan mak abah saya sejak dari kecil hingga sekarang...berapa kali saya buat mak abah kecil hati dengan perkataan dan perbuatan saya...berapa kali saya melukakan hati mereka berdua.....Ya Allah ampunilah dosa hamba mu ini....memang banyak dosaku kepada mak abah....

Hati saya begitu tersentuh bila mak abah menghantar kami ke stesen bas sambil mendukung anak kecilku...hari tu kami nak ke pwtc...untuk menghadiri IJI Dr. Azizan Osman.....mak abah sanggup menjaga anak kami....kami memohon redha mak abah untuk pergi menuntut ilmu....semoga dengan redha mak abah kami dapat menuntut ilmu dengan baik dan seterusnya mempraktikkan ilmu yang diperolehi sehingga berjaya...saya nak membahagiakan mak abah...saya nak tengok mak abah gembira...impian saya nak menunaikan Haji bersama-sama mak abah....In Sha Allah.....saya MESTI berjaya!!!!




Rabu, 2 Oktober 2013

MIND SWITCH

Kita semua mengalami deti-detik yang tak best dalam hidup kita...contoh putus cinta....sampai frust menonggeng...heee...kata kat sapa tu....kegagalan dalan perniagaan, peperiksaan dan macam-macam lagi laa yang membuatkan kita tension...

Hari ni saya nak share macam mana kita nak bangkit daripada kegagalan....mind switch.....

Ambil masa duduk sorang-sorang....amik kertas dengan pen....tulis 10 perkara yang kita bersyukur sangat-sangat dalam hidup kita.....

Dengan cara ini dengan automatiknya kita berasa fresh balik....seterusnya bangkit dari kegagalan....

Selamat mencuba....

Sekian...Assalamualaikum...

Selasa, 1 Oktober 2013

FAST ACTION FAST RESULT.

Kawan-kawan semua mesti mempunyai impian masing-masing...ingat masa   darjah 6 dulu cikgu suruh tulis 3 impian apa yang kita nak jadi besar nanti (3 jer tulis...jangan tulis 10...heeee)...jadi saya pasti ramai yang tulis impian yang besar suatu hari nanti....

Tetapi saya nak share hari ni...selepas tulis impian tu...apa yang kita buat???..(impian tu hilang bersama-sama loceng rehat berbunyi...nampak kuih donat makcik kat kantin sekolah tu...heee..saya la tu...)

Sekarang baru saya faham...untuk mencapai impian kita...kita perlu bertindak pantas untuk mencapai cita-cita kita...jika anda tanya saya bila nak bertindak...saya akan kata SEKARANG!!!! (Now or never)...

Ingat kata-kata ni...FAST ACTION FAST RESULT...MASSIVE ACTION MASSIVE RESULT.

Isnin, 30 September 2013

THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET.

Renung..renungkan lah....

Cara yang terbaik dan efektif serta membawa pulangan yang sangat besar untuk maju ke hadapan dalam bisnes, dalam jangka masa panjang, adalah dengan MEMBANTU orang lain.

Semakin ramai orang yang ada BANTU semakin maju bisnes anda dan semakin banyak kejayaan yang bakal anda raih.

                                                                                                                             (Dr. Azizan Osman)

KEK KASAR & KERING BERDERAI.

Saya nak share benda basic kepada semua tentang....tips kenapa kek anda menjadi agak kasar dan kering berderai???? Heeee...jangan pandang ringan tau...salah satu antaranya :

1) Masa anda bakar kek tu jangan la biar terlalu lama....kalau dalam resepi anda tulis 45 minit jangan la sampai 2 jam anda tunggu nak bawa keluar dari oven...heee...nanti kek anda akan kering kontang (kontang lah sangat...heeee)

2) Suhu oven anda terlalu rendah (jangan lah anda pandai-pandai ubah suhu yang tak masuk akal...heee) dalam resepi anda tulis 180°c jangan la anda gatal tangan tu yer....nak ubah 100°c jadilah kek bla bla bla...

3) Kadar kandungan yang berlebihan

4) Sukatan serbuk penaik kurang

Itu sajalah tips yang saya nak share hari ni...heeee

Sekian....

Ahad, 29 September 2013

MY STORY

Nama saya Nor Syafiah Binti Fadzil. Saya adalah pengasas idealsyaz_cakes di mana kepakaran saya adalah menyediakan dan membekalkan variasi kek mini yang paling terangkat yang membuatkan anda melompat-lompat keriangan.

Pada hari ini saya amat bersyukur yang tidak terhingga kepada-Nya yang mengurniakan kejayaan dalam perniagaan kami.

6 bulan yang lepas saya dan suami membuat keputusan untuk menceburi perniagaan kek. Malangnya perniagaan kami tenggelam timbul umpama 'chipsmore'....kejap ada kejap tak ada dengan keuntungan yang tak nampak.

Kami pernah terjerat dengan salah seorang pelanggan kami yang hilang tanpa bayaran kerana terlalu mempercayainya (terima kasih kepada beliau kerana menyedarkan kami perlunya sistem dalam perniagaan). Hubungan saya dengan suami menjadi tegang di waktu itu kerana masing-masing menyalahkan satu sama lain. Anak kecil saya mula terabai dan menjadi mangsa keadaan saya dan suami.

Kami diperlekehkan dengan kata-kata 'BIAWAK' yang mematahkan semangat kami dengan ungkapan ayat "kamu ni boleh ke??..kek kamu tak setanding dengan kek yang ada di pasaran serta pelbagai lagi kata-kata sinis" yang terpaksa kami terima di waktu itu.

Sehinggalah saya dinasihatkan oleh guru kek saya Pn. Yusniza Yahaya untuk hadir ke seminar Dr. Azizan Osman (terima kasih kak yus..luv u banyak-banyak)

Sambungan cerita selepas ini...sila komen bagi siapa yang nak baca kisah selanjutnya...