Ahad, 29 September 2013

MY STORY

Nama saya Nor Syafiah Binti Fadzil. Saya adalah pengasas idealsyaz_cakes di mana kepakaran saya adalah menyediakan dan membekalkan variasi kek mini yang paling terangkat yang membuatkan anda melompat-lompat keriangan.

Pada hari ini saya amat bersyukur yang tidak terhingga kepada-Nya yang mengurniakan kejayaan dalam perniagaan kami.

6 bulan yang lepas saya dan suami membuat keputusan untuk menceburi perniagaan kek. Malangnya perniagaan kami tenggelam timbul umpama 'chipsmore'....kejap ada kejap tak ada dengan keuntungan yang tak nampak.

Kami pernah terjerat dengan salah seorang pelanggan kami yang hilang tanpa bayaran kerana terlalu mempercayainya (terima kasih kepada beliau kerana menyedarkan kami perlunya sistem dalam perniagaan). Hubungan saya dengan suami menjadi tegang di waktu itu kerana masing-masing menyalahkan satu sama lain. Anak kecil saya mula terabai dan menjadi mangsa keadaan saya dan suami.

Kami diperlekehkan dengan kata-kata 'BIAWAK' yang mematahkan semangat kami dengan ungkapan ayat "kamu ni boleh ke??..kek kamu tak setanding dengan kek yang ada di pasaran serta pelbagai lagi kata-kata sinis" yang terpaksa kami terima di waktu itu.

Sehinggalah saya dinasihatkan oleh guru kek saya Pn. Yusniza Yahaya untuk hadir ke seminar Dr. Azizan Osman (terima kasih kak yus..luv u banyak-banyak)

Sambungan cerita selepas ini...sila komen bagi siapa yang nak baca kisah selanjutnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan