Isnin, 7 Oktober 2013

JANGAN MARAH ORANG YANG MALAS.

Selepas anda baca tajuk di atas...mesti ramai yang tak setuju dengan saya...sebenarnya manusia bukan malas, cuma mereka tiada matlamat jelas yang boleh membakar semangat mereka untuk berjaya...haaaa!!!!...mesti ada yang tak faham...heeee...

Sebagai contoh...jika anak anda tidak berjaya dalam pelajaran, anda jangan marah dan menghukum anak anda...kita kena tahu apa minat anak kita, apa passion dia...mungkin dia suka selongkar sepana dalam bonet kereta kita...itu bermakna dia mungkin suka menjadi mekanik...jadi kita sebagai ibu bapa kena cari jalan bagaimana nak menjadikan minat  anak anda jadi mekanik suatu hari nanti....kena bagi semangat dan dorongan kepada anak anda untuk membakar semangat dia...mana tau nanti jadi mekanik ferrari...jangan ternganga...heeeee...

Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan